• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Muzium Islam

Latar Belakang Muzium Islam

Muzium Islam dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 11 November 1991, ia beroperasi di tapak bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Muzium Perang (Bank Kerapu).

Muzium ini berfungsi sebagai institusi bagi mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan warisan sejarah sosial budaya masyarakat Islam. Antara koleksi-koleksi pameran di sini ialah artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan-Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-Negara Islam. Pada masa ini Replika Mumia Firaun dan Kerandanya ada dipamerkan di tingkat atas Muzium Islam.

Galeri pameran di muzium ini menampilkan koleksi muzium dalam bentuk artifak, model, replika dan peta mengenai sejarah dan perkembangan Islam di Negeri Kelantan. Sehingga kini 350 koleksi telah dipamerkan.

Galeri Muzium Islam

Koleksi Muzium Islam

Koleksi Muzium Islam

Koleksi Muzium Islam

Matlamat penubuhan Muzium Islam ini ialah sebagai media dakwah dan pendidikan Islam dengan hasrat menimbulkan rasa cinta dan bangga dengan agama Islam yang dianuti oleh rakyat di negeri ini.

Bayaran Masuk
RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Peta Lokasi

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 September 2019.