Muzium Kuala Krai

Latar Belakang Muzium Kuala Krai

Galeri Kuala Krai telah disempurnakan perasmiannya oleh YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan) pada 3 November 2014. Kemudiannya telah ditukar nama kepada Muzium Kuala Krai.

Muzium ini dahulunya adalah sebuah mahkamah majistret Kuala Krai. Terletak dihadapan Majlis Daerah Kuala Krai yang menyimpan artifak mengenai Jajahan Kuala Krai seperti tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kuala Krai, sejarah penubuhan Jajahan Kuala Krai, jenis-jenis batu sempadan mukim, daerah, jajahan, negeri dan negara. Sejarah Cik Siti Wan Kembang juga ada dipamerkan di Muzium Kuala Krai.

Matlamat penubuhan ialah mempersembahkan kesan-kesan sejarah yang ditemui di jajahan Kuala Krai untuk tatapan umum.

Bayaran Masuk
RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi
Muzium ini dibuka pada hari Ahad - Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang dan ditutup pada hari Jumaat & Sabtu.

Peta Lokasi

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Selasa 21 Mei 2019.