• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Latar Belakang Muzium Perang (Bank Kerapu)

Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991, terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank "The Mercantile Bank of India Limited" yang beroperasi pada tahun 1912, ia juga dikenali sebagai Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bank tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.

Pada tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Peperangan Dunia Kedua (1941-45).

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.

Galeri Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Koleksi Muzium Perang

Matlamat penubuhan Muzium Perang ini ialah menampilkan kesan Peperangan Dunia II di Kelantan iaitu pada 1941 - 1945, juga bagi memperingati peristiwa sejarah penting bagi Negeri Kelantan dan menimbulkan kesedaran cintakan keamanan sejagat, semangat kebangsaan, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Bayaran Masuk
RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Peta Lokasi

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Rabu 13 November 2019.