=

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang merupakan istana tempat bersemayan Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944). Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan pada 27 Julai 1992. Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).

Di sini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

Matlamat penubuhan Muzium Adat Istiadat ini ialah memelihara dan mengekalkan bangunan lama yang bersejarah iaitu Istana Jahar dan dalam masa sama menampilkan pengetahuan mengenai adat istiadat Diraja di zaman dahulu.

Bayaran masuk ke Muzium Adat Istiadat ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Adat Istiadat adalah sebagaimana berikut

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Muzium Negara
  • Jabatan Warisan Negara
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  • Arkib Negara Malaysia
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Muzium Terengganu
  • Muzium Pahang
  • Muzium Perak
  • Muzium Kedah
  • Muzium Pulau Pinang
  • Muzium Negeri Sembilan
  • Muzium Sabah
  • Muzium Sarawak