Carian :

Muzium Di-Raja

 

Lokasi
Muzium DiRaja (Istana Batu) ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong, penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar, Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi (Masjid Negeri). Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain.

Perhubungan dengan pusat bandar juga amat mudah dan berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Pasar Besar dan Bazar Buluh Kubu.
 

Latarbelakang Sejarah
Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-1V. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.

Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra sehinggalah tahun 1960, sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966, Istana Batu ini telah diubahsuai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato' Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra. Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972.

Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja, tempat kediaman bagi raja-raja, kerabat-kerabat dan tetamu-tetarnu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan. Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.


Capaian Staff
Username :
Password :
Ingat saya |


Video Kelantan

Pautan

Muzium Kelantan
Muzium-Muzium Dibuka Kepada Umum Setiap Hari Jam 8:30AM Hingga 4:45PM (Kecuali Hari Jumaat)
Untuk Pertanyaan Sila Hubungi
Tel: (+609) 748 2266
Fax: (+609) 747 3366
Email: muzium@kelantan.gov.my

Bilangan Pengunjung

Malay English Chinese (Simplified) Hindi Japanese Korean Thai Arabic