Kelantan Gold Fest 2022 pada 30 dan 31 Julai 2022

Kelantan Gold Fest 2022 anjuran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2022 (Sabtu & Ahad) di Mydin Mall, Tunjong.

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan turut menyertai dengan membawa pameran bertajuk 'Dinar Emas Kelantan'. Selain pameran turut diadakan juga Sesi Lelongan Emas, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nasyid, Dikir Barat, Silat, 'talk-show' dan banyak lagi.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir bersama ialah YB Dato' Haji Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.

Tarikh 30 & 31 Julai 2022 Lokasi  Mydin Mall, Tunjong

goldfest 01
goldfest 02
goldfest 03
goldfest 04
goldfest 05
goldfest 06
goldfest 07
goldfest 08
goldfest 09
goldfest 10