• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Amanat Tahun Baharu 2020 pada 5 Januari 2020

Amanat Tahun Baharu 2020 telah berlangsung di Perkarangan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) pada pagi tadi bersama Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, YABrs Arifin Bin Haji Hussin. Sempena Tahun 2020, YABrs Pengarah menyeru semua kakitangan supaya bersama-sama mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020).

Sempena TMK2020 ini juga, banyak program pelancongan telah dirancang oleh pihak kerajaan negeri yang tentunya akan mengundang lebih ramai pelancong datang ke Kelantan. Justeru itu, kakitangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan diingatkan supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai permuziuman agar bersedia berhadapan dengan pelancong yang datang dari pelbagai latar belakang. Komitmen dan rasa tanggungjawab perlu diterapkan di samping sikap tolong menolong, bantu membantu serta hubungan erat perlu dipupuk dalam menjayakan apa jua program yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan termasuk juga program oleh jabatan atau agensi serta pihak kerajaan.

Tarikh 5 Januari 2020 Lokasi Muzium Adat Istiadat, Kota Bharu

amanat 2020 1
amanat 2020 2
amanat 2020 3
amanat 2020 4
amanat 2020 5