• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pelancaran Program Peseni@40 pada 24 Oktober 2019

Sekitar Majlis Pelancaran Program Peseni@40 di Balai Seni Lukis Kelantan. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI) ini diadakan bagi memperingati penubuhan PESENI selama 40 tahun sejak tahun 1979 lagi.

Matlamat awal penubuhan PESENI adalah untuk mengumpul pelukis-pelukis Kelantan bagi memperkasa pembangunan seni tampak tanah air. Sehingga kini PESENI mempunyai lebih daripada 200 orang ahli.

Aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah Pameran Sejarah PESENI, Program Pelukis Pelopor, Pameran Pelukis Semasa dan Anugerah Tokoh PESENI. Pameran Senilukis ini telah disertai oleh 38 orang ahli dengan 76 buah karya dari berbagai saiz dan medium.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mej. (B) Dato' Hj. Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Hj. Hassan Bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan dan YABrs Encik Arifin Bin Haji Hussin, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Program Peseni@40 ini masih lagi berlangsung sehingga 15 Disember 2019. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mengalu-alukan kunjungan semua. Datanglah beramai-ramai memeriahkannya

Tarikh 24 Oktober 2019 Lokasi Balai Seni Lukis Kelantan

IMG 6819
IMG 6797
IMG 6798
IMG 6804
IMG 6808
IMG 6814
IMG 6820
IMG 6822
IMG 6824
IMG 6830
IMG 6835
IMG 6836
IMG 6838
IMG 6853
IMG 6855
IMG 6865
IMG 6868
IMG 6878
IMG 6891
IMG 6895
IMG 6900
IMG 6903
IMG 6906
IMG 6913
IMG 6923