Perutusan Pengarah

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. S.W.T kerana laman Web Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) dapat dibangunkan bagi menyalurkan atau memberi segala informasi mengenai PMNK.

Muzium adalah sebuah institusi pendidikan tidak langsung dalam memberi maklumat sejarah dan kebudayaan negeri Kelantan khususnya melalui pameran-pameran. Pengunjung berpeluang mengenali sejarah negeri Kelantan menerusi pengisian galeri-galeri pameran dan program-program yang dianjurkan.

Sebagai menyahut ledakan ICT yang berkembang pesat, laman web ini diharap dapat bergerak selari dengan tuntutan generasi baru yang inginkan maklumat di hujung jari. Ini sudah tentu membuka peluang kepada seluruh pengguna internet seluruh dunia untuk mendapatkan segala informasi berkaitan dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan Muzium Negeri Kelantan pada bila-bila masa sesuai dengan konsep “Paperless Technology” ke arah “Borderless World”.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web PMNK.

“Kunjungilah Muzium”

AHMAD SHARGOWI BIN DERAHMAN
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan