• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan Dan Kaligrafi Cina

Sekitar Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan Dan Kaligrafi Cina di Madinah Ramadhan (Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu) yang diadakan pada 8 April 2023 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadan 1444H.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Ia kebiasaannya diadakan pada bulan Ramadan sebagai salah satu aktiviti bagi meraikan bulan yang mulia. Pertandingan kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang sebelumnya kerana ia dibuat secara peringkat kebangsaan. Pertandingan khat ini telah diadakan kepada tiga kategori iaitu kategori pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Dewasa dan satu lagi kategori tambahan iaitu Kaligrafi Cina.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan di mana sejumlah 273 orang peserta telah mengambil bahagian.

Setiap karya yang mendapat tempat dalam pertandingan ini telah dipamerkan di pameran sementara di Madinah Ramadan, kemudiannya akan dipindahkan ke galeri Muzium Negeri Kelantan bermula pada 16 April hingga 16 jun 2023.

Program ini merupakan salah satu daripada perancangan pameran tahunan Muzium Negeri  Kelantan. Di samping dapat memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan, ia juga dapat mengajak orang ramai untuk meminati seni penulisan jawi yang unik dan cantik sekaligus dapat memartabatkan kesenian Islam serta menikmati keindahan penulisan jawi itu sendiri.

Tarikh 8 April 2023 Lokasi  Madinah Ramadan

khat2023 01
khat2023 02
khat2023 03
khat2023 04
khat2023 05
khat2023 06
khat2023 07
khat2023 08
khat2023 09
khat2023 10