Karnival Sukan Tradisional pada 8 Ogos 2022

Telah berlangsungnya pada 8 Ogos 2022 (Isnin), Karnival Sukan Tradisional dan Pentomin Tok Janggut.

Program ini merupakan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) dengan kerjasama sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Mejar (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.
 
Ia dianjurkan sebagai salah satu usaha menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan para pelajar. Pelajar didedahkan dengan keistimewaan dan keunikan permainan tradisional di negara kita. Justeru, pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri suasana bermain congkak, ‘choh’, 'golek paro', tarik upih dan lain-lain secara langsung bagi memberi pangalaman baharu kepada mereka.

Bersempena dengannya, pihak muzium turut menyediakan satu sudut bacaan di perpustakaan sekolah dan menyumbangkan naskah percuma terbitan PMNK.

Tarikh 8 Ogos 2022 Lokasi  Gua Musang

maahadgm 11
maahadgm 19
maahadgm 18
maahadgm 17
maahadgm 16
maahadgm 15
maahadgm 14
maahadgm 13
maahadgm 12
maahadgm 10
maahadgm 01
maahadgm 09
maahadgm 08
maahadgm 07
maahadgm 06
maahadgm 05
maahadgm 04
maahadgm 03
maahadgm 02
maahadgm 20