• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Hari Keluarga Muzium Kelantan pada 30 Disember 2021

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) telah menganjurkan Program Hari Keluarga Muzium Kelantan selama tiga hari bermula 30 Disember 2021 (Khamis) sehingga 1 Januari 2022 (Sabtu) di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Lebih 50 kakitangan PMNK dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari keluarga berlangsung, antaranya sukaneka untuk anak-anak dan juga untuk ibubapa.
 
YB. Dato' Haji Hassan bin Mohamood, YB. Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah merasmikan Majlis Makan Malam Hari Keluarga Muzium Kelantan. Harapan beliau, semoga program ini dapat memupuk semangat muafakat dan kerjasama dalam suasana muhibah di dalam diri semua peserta.
 
Acara hari keluarga diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah acara sukaneka kepada pemenang dan juga cabutan bertuah kepada kakitangan.
 

Tarikh 30 Disember 2021 Lokasi  Primula Beach Resort

familyday 2001
familyday 2002
familyday 2003
familyday 2004
familyday 2005
familyday 2006
familyday 2007
familyday 2008
familyday 2009
familyday 2010
familyday 2011
familyday 2012
familyday 2013
familyday 2014
familyday 2015
familyday 2016
familyday 2017
familyday 2018
familyday 2019
familyday 2020