Perasmian Pameran Negara Kota Yang Hilang Dan Pesona Malaysia

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, YABrs Arifin Bin Haji Hussin ketika menghadiri Majlis Perasmian Pameran Negara Kota Yang Hilang, Pameran Pesona Malaysia dan Pelancaran Kalendar Acara 2020 bertempat di Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Kuala Lumpur. 

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat (Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia). Di kesempatan lawatan ini juga, Tuan Pengarah turut mempromosikan muzium-muzium Negeri Kelantan dan Tahun Melawat Kelantan 2020 kepada SWA TV Online. Malahan Tuan Pengarah turut dibawa melawat makmal konservasi di JMM dan berbincang dengan YABrs. Encik Zamrul Amri Bin Zakaria, Pengarah Muzium Negara untuk membuat konservasi model pesawat A4 Skyhawk dan koleksi muzium lain.

Tarikh 28 Januari 2020 Lokasi Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur

event jmm-2020 0
event jmm-2020 1
event jmm-2020 2
event jmm-2020 3
event jmm-2020 4
event jmm-2020 5
event jmm-2020 6
event jmm-2020 7
event jmm-2020 8
event jmm-2020 9