• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pertandingan Seni Khat Dan Kaligrafi Cina pada 23 April 2022

Sekitar Pertandingan Seni Khat Dan Kaligrafi Cina di Madinah Ramadhan (Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu) yang diadakan pada 23 April 2022 (Sabtu) bersamaan 21 Ramadan 1443H. Kategori yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Dewasa, Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar Sekolah Rendah dan Kaligrafi Cina.

Bagi kategori Dewasa dimenangi oleh En. Muhammad Amar Zikry bin Mohd Fauzi dengan mendapat hadiah tunai RM1000, bagi kategori Pelajar Sekolah Menengah dimenangi oleh saudari Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki dengan mendapat hadiah tunai RM800, kategori Pelajar Sekolah Rendah pula dimenangi oleh adik Ahmad Fakhrul Muiz bin Ahmad Suzani dengan mendapat hadiah tunai RM500 manakala kategori kaligrafi cina dimenangi oleh adik Dylan Wong Yu Yang, Foo Jindi, Bridget Tenh Jin Yin, Ong Szien Ping dan Emi Ching Xuan dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
 

Tarikh 23 April 2022 Lokasi  Dataran Stadium Sultan Muhammad IV

khat2022 01
khat2022 02
khat2022 03
khat2022 04
khat2022 05
khat2022 06
khat2022 07
khat2022 08
khat2022 09
khat2022 10
khat2022 11
khat2022 12
khat2022 13
khat2022 14
khat2022 15
khat2022 16
khat2022 17
khat2022 18
khat2022 19
khat2022 20