• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Kebangsaan 2022

Majlis Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 telah diadakan pada 18 Mei 2022 (Rabu) bertempat di Mydin Mall, Tunjong

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 (HMA2022) akan berlangsung pada 19 hingga 25 Jun 2022 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Negeri Kelantan buat pertama kalinya diberi peluang menjadi tuan rumah pada kali ini. Berbagai aktiviti menarik menanti pengunjung selain dapat mengenali lebih dekat muzium-muzium di seluruh Malaysia amnya.

Selain diserikan dengan tayangan montaj HMA2022, majlis turut meraikan pemenang Pertandingan Cipta Logo Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu En. Mustaqim bin Isa yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, di samping itu pembahagian kit promosi turut disampaikan kepada hotel-hotel terpilih dan Agensi pelancongan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Mejar (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Turut hadir bersama ialah YB Dato' Haji Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022, YB Dato' haji Norazman bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan YM Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan ini membuktikan komitmen muzium untuk terus memperkasakan fungsi dan peranan institusi permuziuman negara setaraf dengan muzium-muzium ternama dunia.

Tarikh 18 Mei 2022 Lokasi  Mydin Mall, Tunjong

prahma2022 01
prahma2022 02
prahma2022 03
prahma2022 04
prahma2022 05
prahma2022 06
prahma2022 07
prahma2022 08
prahma2022 09
prahma2022 10
prahma2022 11
prahma2022 12
prahma2022 13
prahma2022 14
prahma2022 15
prahma2022 16
prahma2022 17
prahma2022 18
prahma2022 19
prahma2022 20
prahma2022 21
prahma2022 22
prahma2022 23
prahma2022 24
prahma2022 25