Majlis Perasmian Taman Memorial Keamanan Kota Bharu

Sekitar Majlis Perasmian Taman Memorial Keamanan Kota Bharu bertempat di Taman Al-Fursan bersempena Festival Kelate-Jepon 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). 

Taman Memorial Keamanan Kota Bharu diadakan sebagai memperingati hubungan dua hala antara Kelantan dan Jepun di samping menjadikannya sebagai satu tarikan pelancongan dan pusat rekreasi baru di negeri Kelantan. Taman Memorial ini telah dibina dan dibiayai oleh syarikat Rohm Wako Co. Ltd dengan kerjasama MPKB-BRI.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan), turut hadir bersama ialah YB Mej. (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, YB Dr. Haji Izani Bin Husin, Ahli Exco Kerajaan Negeri, YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf, Yang Dipertua MPKB-BRI, wakil Duta Jepun ke Malaysia, Datuk Bandar Kasaoka, Jepun dan Pengerusi Rohm Wako Co. Ltd.

Tarikh 4 Julai 2019 Lokasi Taman Al-Fursan, Kota Bharu 


kelate-jepun(6)
kelate-jepun(15)
kelate-jepun(8)
kelate-jepun(25)
kelate-jepun(10)
kelate-jepun(24)
kelate-jepun(7)
kelate-jepun(17)
kelate-jepun(4)
kelatejepun
kelate-jepun(27)
kelate-jepun(2)
kelate-jepun(11)
kelate-jepun(29)
kelate-jepun(9)
kelate-jepun(19)
kelate-jepun(26)
kelate-jepun(5)
kelate-jepun(13)
kelate-jepun(16)