• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Perasmian Pameran Rekreasi Animasi @ Muzium

Sekitar Majlis Pelancaran Pameran Rekreasi Animasi @ Muzium yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Muzium Negeri Kelantan.

Program yang telah berlangsung sejak 5 November 2019 ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelawat terutama bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi. Tiket masuk berharga RM8.00 untuk kategori dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak.

Majlis perasmian telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Mej. (B) Dato' Hj. Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama YABrs Encik Arifin Bin Haji Hussin, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, YBrs Encik Nik Mahmud Bin Nik Jaffar, Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dan YBrs Encik Azman Bin Mohd Daham, Wakil Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Program Pameran Rekreasi Animasi @ Muzium ini masih lagi berlangsung sehingga 31 Disember 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mengalu-alukan kunjungan semua. Saksikan watak animasi antarabangsa dan tempatan. Juga sertai pelbagai permainan, pertandingan serta menangi hadiah menarik. Datanglah beramai-ramai memeriahkannya

Tarikh 13 November 2019 Lokasi Muzium Negeri Kelantan

6V3A7547
6V3A7564
6V3A7570
6V3A7590
6V3A7591
6V3A7595
6V3A7597
6V3A7620
6V3A7602
6V3A7639
6V3A7636
6V3A7641
6V3A7655
6V3A7658
6V3A7661
6V3A7663
6V3A7680
6V3A7678
6V3A7686
6V3A7537

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Selasa 21 Januari 2020.