Papan Belindan (Kancapuri)

Digunakan sebagai tanda sekatan (sempadan) tanah perkuburan bagi setiap jenazah yang dikebumikan pada satu-satu perkuburan. Jenis belindan ini dikenali dengan ‘KANCAPURI’. Dinamakan Kancapuri kerana belindannya diperbuat dengan rapi dengan penutup dibahagian atasnya.

Pada kebiasaannya Kancapuri digunakan pada makam Raja-Raja dan kubur orang-orang bangsawan Melayu. Kancapuri ini diperbuat daripada kayu cengal yang keras dan baik. Telah siap dibuat pada tahun 1325 H bersamaan tahun masihi 1904, oleh dua orang tukang yang terkenal di Kampung Laut Kancapuri ini digunakan pada kubur WAN MAHMUD BIN WAN IBRAHIM seorang hulubalang raja yang terkenal pada masa itu. Beliau dikebumikan di kubur Kampung Laut iaitu di tepi Sungai Kelantan. Sebahagian tanah kubur tersebut telah runtuh dan dihanyutkan oleh air banjir. Oleh itu Kancapuri ini telah dipindahkan ke Masjid Kampung Laut.

Mengikut cerita, sebelum Wan Mahmud meninggal dunia, beliau telah menyuruh dua orang tukang menyediakan Kancapuri tersebut. Tiap-tiap seorang antara mereka membuat sekeping belindan tutup belakang, sisi dan satu nisan. Wan Mahmud telah memberi arahan bahawa setiap orang tukang ini tidak dibenarkan melihat karya yang satu lagi tetapi boleh berbincang.

Bila Kancapuri ini siap dan dipasang terdapat sedikit perbezaan antara satu sama lain. Boleh diteliti perbezaannya pada setiap keeping papan ukirang dan nisan Kancapuri tersebut. Bagaimanapun ianya mempamerkan kerja pertukangan yang hebat dan terkemukan di zaman itu.

BELINDAN PLANK (KANCAPURI)

It wasused as a boundary of the grave for every corpse that we entombed. The plank was known as “KANCAPURI”, so called because the “Belindan” was carefully made with cover on its top.

Usually, the plank was used at the tombs of the Malay Kings and noble. It was made from the good hardwood. This plank was made by two well-know carpenter in Kampung Laut, in 1325 H which was equivalent to 1904 M, it was used at the tomb of WAN MAHMUD BIN WAN IBRAHIM, a well-known king warrior during the time. He was entombed at Kampung Laut Grave, near the Kelantan River. Part of the grave was eroded away by the flood water. There fore it was taken to Kampung LauT Mosque.

It was narrated before the death of Wan Mahmud, he had asked the carpented to make the Kancapuri and get it ready for him. Each of them made one piece of belindan back covered, Side and one grave stone. Wan Mahmud directed each of them not to look at each’s masterpieces, but they could discussed.

Whwn thw planks were ready and installed, there was a little difference between them. The difference could be traced on each of the plank and grave stone of the Kancapuri. However, it displayed a great art work during that time.