Data Terbuka Kerajaan

image

Latar Belakang

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Data Terbuka PMNK

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Pautan ke senarai data terbuka Kerajaan Negeri Kelantan adalah
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset?q=muzium+kelantan

Senarai Muzium di Negeri Kelantan
Aktiviti Yang Dilaksanakan di Muzium-Muzium Negeri Kelantan
Jumlah Pengunjung ke Muzium Negeri Kelantan