Wayang Kulit Kelantan

WAYANG KULIT KELANTAN

Wayang Kulit Kelantan adalah persembahan wayang kulit yang disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Cerita-cerita yang disampaikan adalah berdasarkan kisah Hikayat Sri Rama yang disadur dari kitab Epik Hindu iaitu Hikayat Ramayana. Patung dibuat dalam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas sesuatu seolah-olah watak kepada patung berkenaan berdiri di atas satu-satu kenderaan seperti nagaa, ular atau bunga-bungaan. Pada patung itu juga, kebanyakannya hanya dapat menggerakkan sebelah tangan sahaja iaitu tangan di hadapan. Manakala tangan di belakangnya pula memegang senjata.

Alat-alat muzik yang mengiringi persembahan wayang kulit Kelantan adalah seperti serunai, sepasang gedombak, sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang gong atau tetawak, canang dan juga kesi.

 

Kelantan Shadow Puppet

Kelantan Shadow Puppet is performed in Kelantan Malay dialect. The stories presented are based on the story of Sri Rama saga adapted from the holy book of Hindu epic, Ramayana saga. The statue was made in side lying form and mostly standing on a something as though the character of the statue stands on a vehicle such as a dragon, snake or flowers. Most of the sculpture as well just can move only one hand which the front hand. While the other hand is holding a weapon behind.

Musical instruments that accompany Kelantan Shadow Puppet are Malay flute, a pair of gedombak, a pair of drums, a pair of geduk, a pair of gong or tetawak(bossed gong), canang (two small gong) and also a kesi.