• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Perutusan YB Dato' Pengerusi

Image

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T atas limpahan nikmat dan rahmat serta izinnya laman web PMNK dibangunkan.

Selaku pengerusi PMNK, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan semua warga Muzium yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman secara berkualiti dalam laman web PMNK ini.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memartabatkan muzium sebagai gedung ilmu dan sumber aspirasi kepada mesyuarat dalam mengenal sejarah dan kebudayaan dan adat resam negeri Kelantan Darulnaim.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Abd. Rahman

Pengerusi
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan