Skip to main content

Portal Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Muzium Kuala Krai

2025/03/23
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Galeri Kuala Krai telah disempurnakan perasmiannya oleh YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan) pada 3 November 2014. Kemudiannya telah ditukar nama kepada Muzium Kuala Krai.

Muzium ini dahulunya adalah sebuah mahkamah majistret Kuala Krai. Terletak dihadapan Majlis Daerah Kuala Krai yang menyimpan artifak mengenai Jajahan Kuala Krai seperti tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kuala Krai, sejarah penubuhan Jajahan Kuala Krai, jenis-jenis batu sempadan mukim, daerah, jajahan, negeri dan negara. Sejarah Cik Siti Wan Kembang juga ada dipamerkan di Muzium Kuala Krai.

Bayaran masuk ke Muzium Kuala Krai ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada hari Ahad - Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang dan ditutup pada hari Jumaat & Sabtu.

Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-muzium25/www3/muziumkel/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">