Skip to main content

Portal Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Latar Belakang Agensi

Kronologi Tahun Sejarah Penubuhan Muzium

Senarai kronologi penubuhan muzium di Kelantan dari tahun 1981 hingga kini.

  • 1 Jul 1981

    Muzium Sementara (Istana Jahar)

  • 6 Ogo 1990

    Muzium Negeri (tapak MPKB lama)

  • 25 Jul 1991

    Muzium Diraja (Istana Batu)

  • 27 Jul 1991

    Muzium Kraftangan (Balai Ketam Guri di Kg. Kraftangan)

  • 11 Nov 1991

    Muzium Islam (tapak MAIK lama)

  • 27 Jul 1992

    Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar)

  • 1 Ogo 1994

    Memorial Peperangan Dunia Kedua (Bank Kerapu)

  • 8 Jun 2011

    Muzium Wau (Di Pantai Sri Tujoh, Tumpat)

  • 9 Dis 2013

    Balai Senilukis (Bangunan Lama TAKDIR)

  • 4 Nov 2014

    Muzium Kuala Krai (tapak Mahkamah Majistret Kuala
    Krai lama)

  • 20 Jul 2023

    Muzium Islam (berpindah ke Aras 3, UTC Kelantan)

Sejarah PMNK

01

Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.

02

Sebelum wujudnya Enakmen ini, usaha penubuhan Muzium Negeri Kelantan dikelolakan oleh satu “Jawatankuasa Muzium Negeri” yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan semenjak tahun 1952 lagi.

03

Sesuai dengan Enakmen Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bilangan 6 Tahun 1975 dan Undang-Undang yang berkaitan seperti Ordinan Benda Purba dan Harta Karun No. 14/1957 serta Akta Perlembagaan A704/111988, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah diamanahkan dalam menentukan arah, perlaksanaan, tugas dan tanggungjawab.

04

Pada tahun 1980, beberapa orang kakitangan telah dilantik bagi menjalankan segala aktiviti Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Manakala pada 1 Januari 1981, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini telah berpindah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke Rumah Kerajaan, JKR 12.1, Kampung Sireh, Kota Bharu (sekarang berada dalam kawasan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim).

05

Pada bulan Mac 1981, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian Istana Jahar sebagai Muzium sementara telah dilakukan dengan kos sebanyak RM164,650. Pada 1 Julai 1981, muzium sementara mulai dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Serentak dengan itu, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini juga telah berpindah ke Istana Jahar.

06

Pada tahun 1991, sekali lagi Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), dimana bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan dan bangunan lama MPKB dijadikan Muzium Negeri.

07

Dalam memenuhi sektor pelancongan serta bagi mencerminkan kebudayaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium ini telah Berjaya mewujudkan beberapa buah muzium / galeri khusus yang terletak dalam zon budaya.

Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-muzium25/www3/muziumkel/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">