Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Kebangsaan 2022
Majlis Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 telah diadakan pada 18 Mei 2022 (Rabu) bertempat di Mydin Mall, Tunjong
Selain diserikan dengan tayangan montaj HMA2022, majlis turut meraikan pemenang Pertandingan Cipta Logo Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu En. Mustaqim bin Isa yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, di samping itu pembahagian kit promosi turut disampaikan kepada hotel-hotel terpilih dan Agensi pelancongan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Mejar (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama ialah YB Dato' Haji Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022, YB Dato' haji Norazman bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan YM Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).
Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan ini membuktikan komitmen muzium untuk terus memperkasakan fungsi dan peranan institusi permuziuman negara setaraf dengan muzium-muzium ternama dunia.
Tarikh 18 Mei 2022 Lokasi Mydin Mall, Tunjong
[widgetkit id="56"]
- Hits: 22345