Skip to main content

Portal Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Bermalam di Muzium Perdana 2024

Pada 30 dan 31 Ogos 2024 (Jumaat & Sabtu) lepas telah berlangsungnya program Bermalam di Muzium Perdana 2024 bertempat di Muzium Perang (Bank Keapu), Kota Bharu.

Seramai 2,222 orang peserta sekolah menengah yang berusia 13 hingga 17 tahun telah menyertai program ini melalui 33 buah muzium di seluruh negara yang terdiri dari 18 buah Muzium Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia, 9 buah Muzium Negeri termasuk Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan 6 buah Muzium Institusi. Selain itu, Program Bermalam di Muzium Perdana 2024 ini telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penglibatan peserta melukis poster patriotik paling ramai.

Program ini adalah satu usaha institusi muzium untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar berkenaan pentingnya pemahaman dan menghargai sejarah, budaya serta warisan negara. Dengan hasrat untuk menggalakkan pelajar mendekati dan mengetahui peranan muzium.

Bermalam di Muzium Perdana 2024 ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Citra Nusa. Program Citra Nusa@Muzium merupakan program berteraskan warisan seni dan budaya yang mensasarkan penyertaan seluruh masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya dan kaum.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Ahmad Shargowi bin Derahman, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tarikh 31 Ogos 2024 Lokasi  Muzium Perang, Kota Bharu

[widgetkit id="88"]

  • Hits: 10200

SEO - PORTAL RASMI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN

KELGOV PPST
Senarai Muzium Di Negeri Kelantan
Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-muzium25/www3/muziumkel/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 92
timestamp="" href="https://muzium.kelantan.gov.my/index.php/ms/profail/info-korporat/ketua-pegawai-maklumat-cio" title="En. Muhammad Ali Hussaini bin Md. Aminnullah">
Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-muzium25/www3/muziumkel/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">