
31 Julai 2025
Sekitar Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di negeri Kedah.
Festival penuh warna-warni dan semangat kekitaan ini telah menghimpunkan warga muzium dari seluruh negara dalam pelbagai aktiviti pameran, kebudayaan, warisan dan sukan yang berlangsung dari 23 hingga 29 Julai 2025 di Muzium Padi, Alor Setar.
Tahniah diucapkan kepada Zon Timur yang berjaya meraih tempat ke‑3 secara keseluruhan dalam pertandingan antara zon pada edisi kali ini. Kejayaan ini pastinya hasil kerjasama, semangat berpasukan dan kesungguhan setiap ahli delegasi.
Setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua pemenang dalam pelbagai kategori dan kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa, teruskan usaha. Tahun hadapan kita cuba lagi!
Kami dari Perbadanan Muzium Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak penganjur, khususnya Jabatan Muzium Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Kedah atas penganjuran yang cemerlang dan penuh kenangan manis.
Semoga kita bertemu lagi dalam HMA 2026 yang bakal berlangsung di negeri Johor. Jumpa anda semua di sana, insya-Allah!