Skip to main content

Portal Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

10 Januari 2026

Pertandingan Melukis & Mewarna sempena Dinosaur Land @ The Museum
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Melukis & Mewarna sempena Dinosaur Land @ The Museum pada 10 Januari 2026 (Sabtu) yang melibatkan penyertaan kira-kira 100 orang peserta dari pelbagai sekolah sekitar negeri Kelantan.

Pertandingan ini mempertandingkan dua kategori, iaitu Kategori A (Tahun 1–3) – Melukis dan Kategori B (Tahun 4–6) – Melukis & Mewarna. Program ini bertujuan menggalakkan kreativiti, imaginasi serta minat kanak-kanak terhadap seni dan ilmu prasejarah, di samping mewujudkan ukhuwah antara warga muzium dan masyarakat.

Bagi Kategori A, johan telah dimenangi oleh adik Nur Khayra Hana binti Yusoff dari SK Padang Mandol, Tumpat, manakala bagi Kategori B, johan telah dimenangi oleh adik Nur Faiqah Humaira binti Mohd Hanorem dari SK Kota, Kota Bharu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada semua peserta yang belum berjaya, jangan berputus asa dan teruskan mencuba dalam program-program akan datang. Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua.

SEO - PORTAL RASMI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN

KELGOV PPST
Senarai Muzium Di Negeri Kelantan
Koleksi Majalah Suara Muzium

Dasar Privasi