29 Januari 2026
Lawatan Rasmi Pengarah ke Kuala Lumpur
Sekitar lawatan rasmi selama tiga hari, pada 27–29 Januari 2026 (Selasa-Khamis), oleh Pengarah PMNK, En. Norhalis bin Mohamed Noor, bersama pegawai-pegawai yang merangkumi empat kunjungan hormat ke Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik serta membincangkan peluang kolaborasi dalam bidang permuziuman, kebudayaan, pelancongan dan perpaduan nasional.
PMNK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat.