10 Januari 2026
Berakhirlah Pertandingan Melukis & Mewarna sempena Walk With ME – “In The Memory of Dato’ KY” yang telah diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) di Perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu yang bermula pada pagi tadi.
Pertandingan ini mempertandingkan dua kategori, iaitu Kategori A (Tahun 1–3) – Melukis dan Kategori B (Tahun 4–6) – Melukis & Mewarna.
Bagi Kategori A, johan dimenangi oleh adik Nur Khayra Hana binti Yusoff dari SK Padang Mandol, Tumpat. Manakala bagi Kategori B, johan dimenangi oleh adik Nur Faiqah Humaira binti Mohd Hanorem dari SK Kota, Kota Bharu.
Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato' Tengku Fatimah Ainura binti Dato’ Tengku Feissal dan YBhg. Datuk Ts. Amir Haris bin Ahmad JP.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada semua peserta yang belum berjaya, teruskan mencuba dalam program-program akan datang.
Untuk makluman, program Walk With ME – “In The Memory of Dato’ KY” masih berlangsung. Ikuti aktiviti-aktiviti menarik yang akan diteruskan sehingga esok.