• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pesawat Skyhawk A4

Latar Belakang

A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus untuk beroperasi dari kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal terbang ini masih berada dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara lain seperti Malaysia.

 Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh McDonnell-Douglas untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika Syarikat yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider McDonnell-Douglas memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan. Hasilnya, pesawat A-4 Skyhawk ciptaan McDonnell-Douglas hanya separuh daripada berat yang ditetapkan oleh Tentera Laut dan buka sayapnya kecil sehingga tidak memerlukan sayapnya dilipat untuk simpanan dalam hangar kapal. Kelasakan pesawat ini memberikan jolokan "Scooter".

Tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesahkan pembelian sebanyak 80 buah kerangka A-4C dan A-4L yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang disimpan di Pengkalan Udara Davis Monthan untuk pengubahsuaian kepada satu standard A-4PTM (Peculiar to Malaysia). Program ini adalah sebahagian daripada program pembesaran 'Perista' Angkatan Tentera Malaysia.

40 daripada kerangka tersebut dimodenkan dan dibaikpulih oleh Grumman Bethpage sementara selebihnya disimpan untuk kegunaan alat ganti.  Hasilnya 34 buah A-4PTM dan 6 buah pesawat TA-4PTM dibina. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. Pesawat A4-Skyhawk mula dihantar kepada TUDM dalam bulan Disember 1984 dan ditempatkan di TUDM Kuantan dan berkhidmat dengan Skuadron No. 6 dan skuadron No. 9 TUDM.

Spesifikasi

Prestasi

Persenjataan

  • Anak kapal : 1 (2 bagi model TA-4J, TA-4F, OA-4F)
  • Panjang : 40 kaki 3 in (12.22 m)
  • Rentang sayap 26 kaki 6 in (8.38 m)
  • Tinggi : 15 kaki (4.57 m)
  • Sayap luas : 259 kaki² (24.15 m²)
  • Aerofoil NACA 0008-1.1-25 pangkal, NACA 0005-0.825-50 hujung
  • Berat kosong : 10,450 lb (4,750 kg)
  • Berat berisi : 18,300 lb (8,318 kg)
  • Berat berlepas maksimum : 24,500 lb (11,136 kg)
  • Loji kuasa : 1× Pratt & Whitney J52-P8A turbojet, 9,300 lbf (10,000+ USMC A-4M and OA-4M) (41 kN)
  • Kelajuan maksimum 585 knots (673 mph, 1,077 km/j)
  • Jarak 1,700 nm (2,000 batu, 3,220 km)
  • Lelangit khidmat : 42,250 kaki (12,880 m)
  • Kadar kenaikan 8,440 kaki/min (43 m/s)
  • Beban sayap 7 lb/kaki² (344.4 kg/m²)
  • Tujahan/berat 51
  • Had-G : -3/+8 g
  • Meriam : 2× meriam Colt Mk 12 berkaliber 20 mm dengan 100 butir peluru bagi setiap meriam
  • Peluru berpandu : 4× AIM-9 Sidewinder, peluru berpandu anti radar AGM-45 Shrike, peluru berpandu udara ke permukaan AGM-65 Maverick, bom luncuran AGM-62 Walleye, AGM-12 Bullpup
  • Bom : 9,900 lb (4,490 kg) pada lima tenggekan luar, unit bom berangkai Rockeye Mk.20, unit bom berangkai Rockeye Mk.7/APAM-59, Mk.81 (250 lb) dan bom kegunaan am Mk.82 (500 lb), pelbagai jenis peluru berpandu dan bom nuklear, bom latihan Mk.76

Sayangnya pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM. Kadar kemalangan juga agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. Disebabkan hal itu, pesawat A-4 Skyhawk dihentikan perkhidmatannya apabila TUDM menerima pesawat BAE Hawk 108 dan Hawk 208 untuk peranan serangan darat.

Proses Restorasi

Klip Video