• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Tugu Laman Pendaratan Jepun 1941

Latar Belakang

Tugu ini dibina bagi memperingati pendaratan pertama tentera Jepun di Kuala Pak Amat, Pantai Sabak dalam usaha untuk menakluki negeri Kelantan semasa Peperangan Dunia II iaitu pada jam 11.45 malam 7 Disember 1941. Askar pertahanan British yang di tempatkan di Kuala Pak Amat telah melaporkan kapal perang Jepun berada di tepi pantai. Tidak lama kemudian, tentera Jepun melepaskan tembakan ke atas kubu-kubu pertahan British di Kuala Pak Amat. Peristiwa tembak menembak itu telah menandakan bermulanya peperangan antara Jepun dengan British di Tanah Melayu dan juga bermulalah Peperangan Dunia II di Timur Jauh dan Asia Pacifik.

Galeri

Panorama 360°

Peta Lokasi