Sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Muzium Negeri Kelantan 1445H/2024 yang telah diadakan pada 5 Mei 2024 (Ahad) bersamaan 26 Syawal 1445H di Muzium Negeri.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan Dan Keusahawanan yang juga merupakan mantan Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Tarikh 5 Mei 2024 Lokasi Muzium Negeri, Kota Bharu