Majlis Perasmian Pameran Kartun Antarabangsa Malaysia 2020 telah diadakan pada 20 September 2020 (Ahad) bertempat di Balai Seni Lukis Kelantan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan yang diiringi Pengarah, YABrs. Encik Ahmad Shargowi Bin Derahman.
Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Dato’ Hj Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YABrs. Encik Rosnan bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Kelantan (JKKN), YABrs. Encik Mohd Aidil Afizie bin Daud, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni, Budaya Malaysia, Kelantan (MOTAC) dan agensi-agensi lain.
Pameran ini sedang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 30 September 2020. Program pameran ini merupakan hasil usahasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Balai Kartun Rossem.
Tarikh 20 September 2020 Lokasi Balai Seni Lukis Kelantan