Sekitar lawatan YB Dato' Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan ke Pameran 3Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Negeri Kelantan.
Pameran ini berlangsung bermula 1 November sehingga 31 Disember 2020. Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Masuk percuma dan layak menyertai cabutan bertuah.
Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md. Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan juga selaku Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Tarikh 2 November 2020 Lokasi Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu