Majlis Perasmian Pameran Koleksi Keris 3 Tokoh Negeri Kelantan telah diadakan pada 25 Disember 2021 (Sabtu) bertempat di Muzium Negeri Kelantan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II diiringi YB Mejar (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Bertemakan ‘Memartabatkan Warisan Seni Keris Melayu', pameran ini telah berlangsung di Muzium Negeri Kelantan sejak 15 Disember dan berakhir sehingga 15 Februari 2022 serta dijangka menerima kedatangan 100,000 pengunjung.
Pameran yang berlangsung di Muzium Negeri Kelantan ini mempamerkan koleksi 77 bilah keris terpilih milik YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YB Mejar (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.
Dalam pada itu turut diadakan Pertandingan Keris Cantik Melayu Semenanjung yang melibatkan 70 peserta dan 128 bilah keris. Para peserta bukan hanya dari Kelantan malah turut disertai dari Melaka, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Kedah.
Hasrat program ini adalah selain menarik orang ramai serta pelancong untuk berkunjung ke muzium, ia juga untuk mengajak masyarakat berfikir tentang kesenian keris Melayu yang begitu halus dan mempunyai makna tersendiri.
Tarikh 25 Disember 2021 Lokasi Muzium Negeri Kelantan