Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022 adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia.
Pesta Wau telah diadakan sejak tahun 1982 lagi. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan. Pesta Wau Kebangsaan Kelantan ini merupakan kali yang ke-39 dianjurkan di Negeri Kelantan.
Bersempena dengan program ini, pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan turut menyertai dengan membuka 'booth' pameran dan demonstrasi membuat wau kepada para pengunjung.
Tarikh 13 Ogos 2022 Lokasi Tumpat