Sekitar Program Muzium Bersama Komuniti yang diadakan pada 13 September 2022 (Selasa) di Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), Labok, Machang, Kelantan.
Program ini merupakan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) dengan kerjasama sekolah Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), Labok. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi.
Progam ini dianjurkan sebagai salah satu usaha menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan para pelajar, selain dapat memberi pengalaman baharu kepada mereka. Selain permainan tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan silat, nasyid dan pentomin Tok Janggut.
Bersempena dengan program ini, pihak muzium turut menyediakan satu sudut bacaan di perpustakaan sekolah dan menyumbangkan naskah percuma terbitan PMNK.
Tarikh 13 September 2022 Lokasi Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), Machang