Sekitar program Festival Silang Budaya : Kelantan - Perlis yang diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun 2023 (Rabu & Khamis) di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis. Turut mengiringi beliau ialah YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Program ini merupakan program pelancongan dan kebudayaan dua negeri bagi menyemarakkan lagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan Tahun Melawat Kelantan 2024. Keunikan budaya yang ada pada kedua-dua negeri ini dapat menarik pelancong sama ada domestik mahupun antarabangsa. Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk pameran, persembahan, pertandingan, demonstrasi masakan dan pembuatan barangan serta jualan makanan dan kraftangan tradisional.