YB Dato’ Haji Hassan Bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan ketika melakukan sessi pelepasan acara berbasikal Kayuhan Warisan sempena Bulan Kemerdekaan 2019 bertempat di Dataran Warisan (Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV).
Program ini dianjurkan secara bersama di antara Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kelantan dan mendapat penyertaan seramai 600 peserta.
Turut hadir bersama adalah YABrs. Tuan Hj. Arifin Bin Hussin, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan YABrs. Encik Mohd Aidil Afizie Bin Daud, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni, Budaya Malaysia, Kelantan.
Tarikh 30 Ogos 2019 Lokasi Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu