Senarai Mantan Dato Pengerusi
- Super User
- About Us
- Hits: 11066
- Super User
- About Us
- Hits: 22786
Sejarah Penubuhan
1. Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.
2. Sebelum wujudnya Enakmen ini, usaha penubuhan Muzium Negeri Kelantan dikelolakan oleh satu “Jawatankuasa Muzium Negeri” yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan semenjak tahun 1952 lagi.
3. Sesuai dengan Enakmen Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Bilangan 6 Tahun 1975 dan Undang-Undang yang berkaitan seperti Ordinan Benda Purba dan Harta Karun No. 14/1957 serta Akta Perlembagaan A704/111988, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah diamanahkan dalam menentukan arah, perlaksanaan, tugas dan tanggungjawab.
4. Pada tahun 1980, beberapa orang kakitangan telah dilantik bagi menjalankan segala aktiviti Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Manakala pada 1 Januari 1981, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini telah berpindah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke Rumah Kerajaan, JKR 12.1, Kampung Sireh, Kota Bharu (sekarang berada dalam kawasan Kompleks Kota Darulnaim).
5. Pada bulan Mac 1981, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian Istana Jahar sebagai Muzium sementara telah dilakukan dengan kos sebanyak RM164,650. Pada 1 Julai 1981, muzium sementara mulai dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Serentak dengan itu, pejabat sementara Perbadanan Muzium ini juga telah berpindah ke Istana Jahar.
6. Pada tahun 1991, sekali lagi Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), dimana bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan dan bangunan lama MPKB dijadikan Muzium Negeri.
7. Dalam memenuhi sector pelancongan serta bagi mencerminkan kebudayaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium ini telah Berjaya mewujudkan beberapa buah muzium / galeri khusus yang terletak dalam zon budaya. Muzium / galeri berkenaan adalah sebagaimana berikut:
Bil |
Nama Muzium / Galeri |
Tahun Dibuka |
i) |
Muzium Sementara (Istana Jahar) |
1981 |
ii) |
Muzium Negeri (MPKB Lama) |
1990 |
iii) |
Muzium Diraja (Istana Batu) |
1991 |
iv) |
Muzium Kraftangan (Balai Ketam Guri di Kg. Kraftangan) |
1991 |
v) |
Muzium Islam (MAIK Lama) |
1991 |
vi) |
Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) |
1992 |
vii) |
Memorial Peperangan Dunia Kedua (Bank Kerapu) |
1992 |
viii) |
Balai Senjata (Balai Tarik Istana Jahar) |
1995 |
ix) |
Balai Senilukis (Bangunan Lama TAKDIR) |
2013 |
x) |
Muzium Wau (Di Pantai Sri Tujoh, Tumpat) |
2013 |