• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Bermalam di Muzium pada 22 & 23 September 2023

Pada 22 dan 23 September 2023 (Jumaat & Sabtu) lepas telah berlangsungnya program Bermalam di Muzium bertempat di Muzium Negeri, Kota Bharu. Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan berjaya mengumpul seramai 40 orang pelajar dari 10 buah sekolah di Negeri Kelantan.

Program ini merupakan satu program nasional di bawah Jabatan Muzium Malaysia, di mana pada tahun 2023 ini secara keseluruhan menerima penyertaan sebanyak 1,551 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dan dianjurkan secara serentak di 25 muzium terdiri daripada muzium persekutuan, muzium negeri dan muzium institusi selepas tiga tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19. Di negeri Kelantan, kali terakhir program Bermalam di Muzium diadakan adalah pada tahun 2019 bertempat di Muzium Islam, Kota Bharu.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Ekspresi Ikat dan Celup (Tie and Dye) iaitu dengan mewarnakan baju putih menggunakan warna jalur gemilang, aktiviti menerokai galeri muzium menggunakan lampu suluh (Night @ The Museum : The Wise Owl), slot kerohanian, senamrobik dan Kembara Kenali Muzium Kelate (Treasure Hunt) melibatkan 4 buah muzium iaitu Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar), Muzium Diraja (istana Batu), Muzium Kraftangan dan Muzium Perang (Bank Kerapu).

Program Bermalam di Muzium adalah satu usaha institusi muzium untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar berkenaan pentingnya pemahaman dan menghargai sejarah, budaya serta warisan negara. Dengan hasrat untuk menggalakkan pelajar mendekati dan mengetahui peranan muzium.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Ahmad Shargowi bin Derahman, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tarikh 22 & 23 September 2023 Lokasi  Muzium Negeri, Kota Bharu

bermalam 01
bermalam 02
bermalam 03
bermalam 04
bermalam 05
bermalam 06
bermalam 07
bermalam 08
bermalam 09
bermalam 10
bermalam 11
bermalam 12
bermalam 13
bermalam 14
bermalam 15
bermalam 16
bermalam 17
bermalam 18
bermalam 19
bermalam 20
bermalam 21
bermalam 22
bermalam 23
bermalam 24
bermalam 25
bermalam 26
bermalam 27
bermalam 28
bermalam 29
bermalam 30
bermalam 31
bermalam 32
bermalam 33
bermalam 34
bermalam 35
bermalam 36
bermalam 37
bermalam 38
bermalam 39
bermalam 40
bermalam 41
bermalam 42
bermalam 43
bermalam 44
bermalam 45
bermalam 46
bermalam 47
bermalam 48
bermalam 49
bermalam 50