Warga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) berkumpul pada 14 Januari 2023 (Ahad) di Dewan Cik Siti, Muzium Negeri bagi mengikuti Majlis Amanat Tahun Baru 2024.
Amanat Tahun 2024 ini telah disampaikan oleh YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Segala amanat yang dikongsikan oleh beliau akan diambil sebagai pembakar semangat oleh warga PMNK khususnya dalam memulakan tahun 2024 dengan lebih cemerlang lagi.
Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan Dan Keusahawanan yang juga merupakan mantan Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Majlis berakhir dengan sesi Kuliah Dhuha daripada Al Fadhil Ustaz Mokhtar bin Yaakob.
Tarikh 14 Januari 2024 Lokasi Muzium Negeri, Kota Bharu