• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Majlis Pelancaran Passport Muzium pada 22 Mac 2021

Majlis Pelancaran Passport ke semua Muzium di Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu.

Turut hadir bersama Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, YABrs. En. Ahmad Shargowi bin Derahman, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni, Budaya Malaysia, Kelantan (MOTAC), YABrs. En. Mohd Aidil Afizie bin Daud, Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), YABrs. En. Nik Mahmud bin Nik Jaffar, Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu dan Guru-Guru dari sekolah terpilih.

Dalam majlis ini, YB Dato’ Pengerusi juga telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang sempena Pameran 3Dekad Membangun Bersama Islam. Beliau turut menyampaikan sijil serta hadiah bagi kategori Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai dalam Pertandingan Uji Pengetahuan dan Pertandingan Mewarna Maya yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Bagi Pertandingan Uji Pengetahuan, Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2, Tanah Merah sebanyak 297 penyertaan, Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu sebanyak 222 penyertaan dan Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Pasir Puteh sebanyak 199 penyertaan.

Manakala bagi Pertandingan Mewarna Maya pula, Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) Chung Hwa, Kota Bharu sebanyak 172, Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli sebanyak 153 dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2, Tanah Merah sebanyak 100 penyertaan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, diharapkan anda terus menyokong Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tarikh 22 Mac 2021 Lokasi  Gelanggang Seni, Kota Bharu

passportmuzium 00
passportmuzium 02
passportmuzium 03
passportmuzium 04
passportmuzium 05
passportmuzium 06
passportmuzium 07
passportmuzium 08
passportmuzium 09
passportmuzium 10
passportmuzium 11
passportmuzium 24
passportmuzium 29
passportmuzium 42
passportmuzium 46
passportmuzium 52
passportmuzium 53
passportmuzium 55
passportmuzium 57
passportmuzium 58
passportmuzium 61
passportmuzium 62
passportmuzium 63
passportmuzium 67
passportmuzium 70
passportmuzium 71
passportmuzium 72
passportmuzium 73
passportmuzium 74
passportmuzium 75
passportmuzium 76
passportmuzium 77
passportmuzium 78
passportmuzium 79
passportmuzium 80

Senarai Muzium Di Negeri Kelantan