• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Periuk Api

Periuk Api ini adalah dari jenis “Submarine Mine” yang digunakan secara terapung samada di permukaan atau dalam air. Digunakan oleh Tentera British untuk memusnahkan kapal-kapal perang Jepun dalam peperangan Dunia Ke II (1941-1945). Periuk api ini telah dijumpai di Pantai Baru, Bachok, 17 kilometer dari Kota Bharu. Setelah alat peletupnya dimusnahkan oleh Jabatan Polis pada 14 Januari 1996, rangka periuk api ini telah dihadiahkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Berat asal periuk ini ialah 800 kilogram dengan ukur lilit 192 sentimeter.

 SUBMARINE MINES

This type of Submarine Mines are these used in water against surface of underwater vessels. It is used by the British Army against Japanese Invasion during World War II (1941-1945). This Submarine Mines are found by the villagers at Pantai Baru, in the district of Bachok 17 kilometre from Kota Bharu. The remaining of the bomb is donated to the Kelantan Museum by the Police Department on 14 January 1996, after they had destroyed the explosive substance. Actual weight 800 kilogram and perimeter 192 centimetre.

“KISWAH” dalam bahasa Arab yang membawa pengertian “PAKAIAN”. Pengertian dalam kebudayaan Melayu pula adalah lebih luas daripada itu. Kiswah ialah sejenis baju yang ditekad dengan tulisan ayat-ayat suci Al-Quran dan potongan-potongan doa. Baju jenis ini dipakai oleh hulubalang-hulubalang Melayu pada zaman lampau di dalam peperanngan menetang musuh. Adalah diharapkan pemakainya akan sentiasa mengingati “ALLAH” dan penyerahan diri kepadaNya terutama di dalam menghadapi masa yang kritikal.

 KISWAH SHIRT

“KISWAH” in the Arabic language means clothes. The meaning in the Malay culture has a wider scope. Kiswah is a type of shirt is woven with the holy Koran verses and other verses which are parts of invocation. This type of shirt is worn by the Malay warriors during the ancient time in the war battle. It is hope that wearer will always remember “ALLAH” and cede himself to HIM, especially during the critical time.

Dinar Emas

‘AL-JULUS KELANTAN’ yang bertarikh 577 Hijrah bersamaan dengan 1181 masihi, Wang syiling emas ini dikenali dengan nama Dinar Emas telah dijumpai dalam tahun 1914 di tapak lama Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan. Pada kedua-dua muka wang syiling ini terdapat perkataan Arab ‘Al Julus Kelantan dimuka depan dan Al Mutawwakal Alalla’ di muka belakang.

 THE GOLD DINARS KELANTAN

‘AL-JULIS KELANTAN’ dated in 577 Hijrah of the Muslim Calendar (1181 Masihi). These gold coins are known as Emas Dinar, were found in 1914 at an old site of Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan. Both coin surface contains the Arabic word which is ‘Al-Julus Kelantan on the front while ‘Al-Mutawwakal Alallah’ on the other side.

Senarai Muzium Di Negeri Kelantan