• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Nostalgia Anak Kampung pada 24 - 26 November 2023

Kemeriahan Program Nostalgia Anak Kampung anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yg diadakan pada 24-26 November 2023 dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya Pertandingan Hero Kampung, Permainan Tradisional, Pertandingan Diabolo, Pertandingan Gusti Lengan, Perkampungan Muzium, Demonstrasi Masakan Warisan, Persembahan Kebudayaan dan lain-lain lagi.

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) telah membawa dan mempromosikan permainan tradisional dan kopi ori Kelantan iaitu Kopi Cap Badak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada JMM di atas jemputan dan kerjasama yang diberikan kepada PMNK. Terima kasih juga kepada Pengarah Urusan Dua Badak Industries (M) Sdn. Bhd. iaitu Encik Rosli Ariffin yang telah membantu dan memberi kerjasama membenarkan pihak muzium mempromosikan produk asli Kelantan ini.

Teruskan menyokong Muzium-Muzium Malaysia.

Tarikh 24 - 26 November 2023 Lokasi  Muzium Negara, Kuala Lumpur

anakkg 01
anakkg 02
anakkg 03
anakkg 04
anakkg 05
anakkg 06
anakkg 07
anakkg 08
anakkg 09
anakkg 10
anakkg 11
anakkg 12
anakkg 13
anakkg 14
anakkg 15
anakkg 16
anakkg 17
anakkg 18
anakkg 19
anakkg 20