Papan Belindan (Kancapuri)
- Super User
- Profil
- Hits: 13002
Digunakan sebagai tanda sekatan (sempadan) tanah perkuburan bagi setiap jenazah yang dikebumikan pada satu-satu perkuburan. Jenis belindan ini dikenali dengan ‘KANCAPURI’. Dinamakan Kancapuri kerana belindannya diperbuat dengan rapi dengan penutup dibahagian atasnya.
Pada kebiasaannya Kancapuri digunakan pada makam Raja-Raja dan kubur orang-orang bangsawan Melayu. Kancapuri ini diperbuat daripada kayu cengal yang keras dan baik. Telah siap dibuat pada tahun 1325 H bersamaan tahun masihi 1904, oleh dua orang tukang yang terkenal di Kampung Laut Kancapuri ini digunakan pada kubur WAN MAHMUD BIN WAN IBRAHIM seorang hulubalang raja yang terkenal pada masa itu. Beliau dikebumikan di kubur Kampung Laut iaitu di tepi Sungai Kelantan. Sebahagian tanah kubur tersebut telah runtuh dan dihanyutkan oleh air banjir. Oleh itu Kancapuri ini telah dipindahkan ke Masjid Kampung Laut.
Mengikut cerita, sebelum Wan Mahmud meninggal dunia, beliau telah menyuruh dua orang tukang menyediakan Kancapuri tersebut. Tiap-tiap seorang antara mereka membuat sekeping belindan tutup belakang, sisi dan satu nisan. Wan Mahmud telah memberi arahan bahawa setiap orang tukang ini tidak dibenarkan melihat karya yang satu lagi tetapi boleh berbincang.
Bila Kancapuri ini siap dan dipasang terdapat sedikit perbezaan antara satu sama lain. Boleh diteliti perbezaannya pada setiap keeping papan ukirang dan nisan Kancapuri tersebut. Bagaimanapun ianya mempamerkan kerja pertukangan yang hebat dan terkemukan di zaman itu.
BELINDAN PLANK (KANCAPURI)
It wasused as a boundary of the grave for every corpse that we entombed. The plank was known as “KANCAPURI”, so called because the “Belindan” was carefully made with cover on its top.
Usually, the plank was used at the tombs of the Malay Kings and noble. It was made from the good hardwood. This plank was made by two well-know carpenter in Kampung Laut, in 1325 H which was equivalent to 1904 M, it was used at the tomb of WAN MAHMUD BIN WAN IBRAHIM, a well-known king warrior during the time. He was entombed at Kampung Laut Grave, near the Kelantan River. Part of the grave was eroded away by the flood water. There fore it was taken to Kampung LauT Mosque.
It was narrated before the death of Wan Mahmud, he had asked the carpented to make the Kancapuri and get it ready for him. Each of them made one piece of belindan back covered, Side and one grave stone. Wan Mahmud directed each of them not to look at each’s masterpieces, but they could discussed.
Whwn thw planks were ready and installed, there was a little difference between them. The difference could be traced on each of the plank and grave stone of the Kancapuri. However, it displayed a great art work during that time.
Perutusan YB Dato' Pengerusi
- Super User
- Profil
- Hits: 17504
YB. Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam Bin Abd. Rahman (DJMK., JMK.)
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan,Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan
PERUTUSAN PENGERUSI PMNK
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T atas limpahan nikmat dan rahmat serta izinnya laman web PMNK dibangunkan.
Selaku pengerusi PMNK, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan semua warga Muzium yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman secara berkualiti dalam laman web PMNK ini.
Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memartabatkan muzium sebagai gedung ilmu dan sumber aspirasi kepada mesyuarat dalam mengenal sejarah dan kebudayaan dan adat resam negeri Kelantan Darulnaim.
YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Abd. Rahman
Pengerusi Toggle editor
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan
- Sebagai gedung ilmu bagi menyebarkan pengetahuan di samping memberi hiburan dan sumber aspirasi kepada masyarakat dalam mengenal sejarah, kebudayaan, adat resam dan kekayaan semulajadi negeri Kelantan
- Sebagai penyelamat dan penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan bagi tatapan generasi akan datang
- Menjadi pusat rujukan utama kepada pelajar dan sesiapa yang berminat terhadap sejarah, kebudayaan, adat resam dan alam semulajadi negeri Kelantan
- Menggalak dan menarik minat masyarakat berbilang kaum mengenai asal-usul mereka bagi mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan perpaduan
- Membantu dalam usaha mengembangkan industri pelancongan Negara
Piagam Pelanggan
- Super User
- Profil
- Hits: 26851
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekal, berkualiti dan mesra di dalam tugas-tugas berikut :
- Mengadakan pameran tentang sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara melalui :
- Pameran Tetap - berterusan
- Pameran Khas – Minima 4 pameran setahun
- Pameran Bergerak – Minima 3 pameran setahun
- Permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam 3 hari
- Aduan Pelanggan dijawab dalam 3 hari
- Permohonan lawatan berpandu ke muzium melalui :
- Surat – dijawab dalam masa 3 hari
- Email – dijawab pada hari yang sama
- Permohonan pembelian penerbitan melalui :
- Kaunter – diluluskan serta-merta
- Surat – dijawab dalam masa 3 hari
- Email – dijawab pada hari yang sama
Visi & Misi
- Super User
- Profil
- Hits: 30766
VISI :
Institusi Muzium yang cemerlang di Malaysia
MISI :
Melaksanakan semua aktiviti permuziuman secara berkualiti dan berkesan