• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Majlis Perasmian Pameran Kartun Antarabangsa Malaysia 2022

Majlis Perasmian Pameran Kartun Antarabangsa Malaysia 2022 telah diadakan pada 22 Ogos 2022 (Isnin) bertempat di Balai Seni Lukis Kelantan.

Majlis dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Hj Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YBhg Dato' Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), YABrs. Encik Rosnan bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Kelantan (JKKN), YBrs Encik Nik Ahmad Shazzwan bin Nek Mumhammad, Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dan agensi-agensi lain.

Pameran ini sedang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 30 September 2022. Sebanyak 100 karya terbaik daripada kartunis terkenal dunia dari 51 buah negara dipamerkan di sini dengan tema 'Ke Arah Jalan Raya Yang Lebih Selamat'. Program ini merupakan hasil usahasama antara Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, MIROS dan Balai Kartun Rossem.

Tarikh 22 Ogos 2022 Lokasi  Balai Seni Lukis Kelantan

kartun 012
kartun 020
kartun 019
kartun 018
kartun 017
kartun 016
kartun 001
kartun 014
kartun 013
kartun 015
kartun 011
kartun 009
kartun 008
kartun 007
kartun 006
kartun 005
kartun 004
kartun 003
kartun 002
kartun 010
kartun 026
kartun 029
kartun 028
kartun 027
kartun 021
kartun 025
kartun 024
kartun 023
kartun 022
kartun 030