• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Pengenalan

Wayang Kulit merupakan satu seni persembahan teater tradisional yang popular di kalangan masyarakat Asia Tenggara. Sebelum kedatangan media elektronik, wayang kulitlah menjadi salah satu seni hiburan kepada masyarakat setempat. Kebiasaannya, wayang kulit dipersembahkan dalam upacara-upacara keramaian dan kadang kalanya dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.

Wayang kulit adalah satu persembahan yang menggunakan konsep cahaya dan bayang. Cahaya akan dipancarkan di belakang kelir dan patung-patung wayang yang diperbuat daripada kulit haiwan itu pula akan digerak-gerakkan diantara kelir dan cahaya. Lalu membentuk bayang-bayang dihadapan kelir. Patung-patung digerakkan oleh seorang dalang mengikut cerita yang dibawa berserta iringan muzik.

Walaupun fungsi dan asas persembahan wayang kulit ini sama tetapi nama bagi persembahan wayang kulit ini berbeza mengikut tempat serta negara. Di Thailand, wayang kulit lebih dikenali dengan nama Nhang Talung dan di Indonesia pula dikenali dengan nama Wayang Purwo.