• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Alatan Muzik

Alat muzik merupakan peralatan utama yang mengiringi persembahan wayang kulit. Dalam Wayang Kulit Kelantan, dan juga Wayang Gedek, alat muzik yang mengiringi persembahan tersebut lebih kurang sama antara kedua-dua jenis wayang kulit tersebut.

Alat-alat muzik memainkan peranan yang penting dalam menghidup dan menjadikan wayang kulit sebagai persembahan yang menarik.

Muzik juga berperanan:

  1. Sebagai suatu alat untuk mengumumkan permulaan wayang kulit dan juga untuk menarik penonton.
  2. Untuk menandakan adegan dan babak.
  3. Untuk menetapkan suasana tiap-tiap satu adegan.
  4. Mengiringi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dalang.

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang Kulit:

  1. Satu biji geduk
  2. Sepasang gedombak
  3. Sepasang gong
  4. Sepasang kerincing
  5. Sebuah serunai

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Ahad 20 September 2020.