Periuk Api ini adalah dari jenis “Submarine Mine” yang digunakan secara terapung samada di permukaan atau dalam air. Digunakan oleh Tentera British untuk memusnahkan kapal-kapal perang Jepun dalam peperangan Dunia Ke II (1941-1945). Periuk api ini telah dijumpai di Pantai Baru, Bachok, 17 kilometer dari Kota Bharu. Setelah alat peletupnya dimusnahkan oleh Jabatan Polis pada 14 Januari 1996, rangka periuk api ini telah dihadiahkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Berat asal periuk ini ialah 800 kilogram dengan ukur lilit 192 sentimeter.
SUBMARINE MINES
This type of Submarine Mines are these used in water against surface of underwater vessels. It is used by the British Army against Japanese Invasion during World War II (1941-1945). This Submarine Mines are found by the villagers at Pantai Baru, in the district of Bachok 17 kilometre from Kota Bharu. The remaining of the bomb is donated to the Kelantan Museum by the Police Department on 14 January 1996, after they had destroyed the explosive substance. Actual weight 800 kilogram and perimeter 192 centimetre.